DR
Ya, Allah aku bersyukur atas segala nikmat yang kau kurniakan kepadaku. Kumohon agar kau berikanlah kami kejayaan untuk SPM ini. Ya Robb, andainya dia tercipta untukku,kekalkan hubungan kami. .Amin.

Oh , ayah aku seorang guru ^_^
Friday, June 3, 2011 | 10:48 AM | 0 comments


Assalamualaikum dan Hi !
Sekali lagi , aku buat entry larut malam . 
Berdasarkan tajuk di atas , aku nak inform yang ayah aku guru dan aku sangat takut .
*Menikus -.-'

Nak dijadikan cerita , tadi kami ke Haptown , the Pavillion of Kedah -.-'
Erkk , hapa ketidaknya , gadis-gadis ke sini , nah , bergaya bagai .

Shawl melilit bak ular sawa melilit di leher , okay , enough :)
Kakak aku cakap , orang KL pun pergi Uptown pakai Track jaaa . Diorang santai habis!
Kalau lah cewek kampungan ne ke KL , Hah! Nampak sangat orang kampung .
Mana taknya , dia punya bergaya macam nak ke Universal Studio -.-''

Okay , berbalik kepada cerita di mana ayah aku terserempak dengan rakan kerjanya yang pada asal mengajar di MRSM tetapi telah dibuang ke IKM .

Why?!
Ah , gara-gara dia menampar a rude student , oh , aku rasa tak fair gilaa !
Budak habis kurang ajar hendak diajar , tetapi dibalas sebegini :(

Apa pandangan kau orang ? Bagi aku , standard lah budak kena penampar . Dah salah dia .
Budak zaman sekarang patutnya bukan sahaja diberi penampar , penyepak , penerajang pun layak la wehhh !

Kata abah aku lagi , cikgu sekarang " Coward ".
Bukan apa , bukan nak condemn cikgu tetapi benar .
Cikgu yang hendak membentuk , mengajar budak kini ibarat lilin yang samar-samar hendak membakar diri . Takut angin kuad melanda memadamkan cahayanya .

Hendak diambil tindakan , hendak dihukum , takut ibubapa saman .
Hendak menjadi garang , takut dikutuk oleh murid hingusan yang belum dipotong anunya -.-'

Nowdays student , bukan heran atau hormat lagi pada guru .

Macam-macam yang mereka takutkan , okay , lain ceritanya pada rakan ayah aku itu .
Tengkingannya , jerkahannya itu lah mengajar murid-murid .

Kata ayahku lagi , guru memang patut menjadi garang .
Itu baru mengajar namanya .
Beralih kepada ibubapa . Okay , ibubapa pulak asyik nak menyalahkan guru .
Sikid-sikid , cikgu tak ajar .
Sedangkan anak kau yang membuat taik mata dalam kelas * Perli diri sendiri .
 
Kalau ada kes buli , anak dibuli . Salahkan guru , tak pandai menjaga .
Bila anak dia yang membuli , guru pukul , salahkan guru juga , report polis , saman bagai .
 
Haehhhhm, ibubapa , anak-anak zaman sekarang .
Kepada siapakah harus kita persalahkan ?
Masing-masing sudah besar , kedua-kedua pihak boleh berfikirkan ?

Jadi , pandai-pandailah mengatur adat dunia ne .

P/s : Post untuk hari guru yang dah lepas -.-''
 


Old things | New things